fbpx

Perlu enam bulan lagi untuk lupus al-Quran rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Quran rosak yang dikumpulkan dari kawasan bencana banjir di sekitar Lembah Klang.

PUTRAJAYA – Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur memerlukan tempoh enam bulan lagi untuk melupuskan kesemua al-Quran yang rosak akibat banjir di Lembah Klang, akhir Disember lalu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan berkata, sehingga kini, pusat itu sudah melupuskan
5,356.72 kilogram helaian al-Quran rosak akibat banjir itu.

“Baki al-Quran yang belum lupus sukar dikira kerana ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum ditimbang

“Ketika ini, petugas perlu mengasingkan helaian al-Quran untuk proses pengeringan sebelum dibakar,” katanya.

Katanya, pihaknya juga mendapati, selepas pengasingan dibuat, sebahagian bahan dan dokumen diterima adalah buku bacaaan dan bukannya naskhah al-Quran.

Selain itu, Jawi berkata, seramai 12 orang sukarelawan Jawi berada di pusat berkenaan bagi meneruskan kerja-kerja rutin pelupusan al-Quran itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI