fbpx

Penasihat Khas Wisma Putra bertemu wakil kerajaan Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Azam (kiri) bertemu Mawlawi Amir Khan Muttaqi di Kabul semalam. – FOTO: IHSAN KEMENTERIAN LUAR AFGHANISTAN

PUTRAJAYA – Buat julung kali, Penasihat Khas Hal Ehwal Afghanistan di Wisma Putra, Datuk Ahmad Azam Ab. Rahman bertemu wakil kerajaan Afghanistan di ibu kota Kabul semalam.

Beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada awal Oktober lalu turut dilaporkan mengadakan sesi perbincangan dengan Pemangku Menteri Luar Afghanistan, Mawlawi Amir Khan Muttaqi.

“Ia lebih fokus kepada usaha pertambahan bantuan kemanusiaan, pembiayaan secara Islam dan peningkatan hubungan,” kata jurucakapnya, Abdul Qahar Balkhi menerusi akaun Twitter.

Wisma Putra dalam makluman balas mengesahkan pertemuan itu dan menjelaskan Ahmad Azam juga Penasihat Khas Isu Afghanistan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau turut merupakan anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di samping juga Pengerusi Global Peace Mission (GPM).

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu dilantik sebagai penasihat khas susulan Persidangan Kuala Lumpur Mengenai Afghanistan secara maya pada 26 September lalu.

Ia ekoran kejatuhan semula negara Asia Tengah itu kepada Taliban pada 15 Ogos tahun lepas setelah pengunduran sepenuhnya pasukan bersenjata Barat yang menceroboh sejak 2001.

Rentetan itu, Ketua Delegasi GPM, Azlan Sharif bertemu Amir di Kabul pada 4 Oktober 2021 diiringi Ketua Pegawai Operasi Muslim Volunteer Malaysia, Muhammad Hasbullah Md. Najib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI