fbpx

Belanja RM8,000 sebulan beli air mineral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dubs hanya boleh meminum air mineral kerana tidak tahan dengan rasa air paip. - TikTok/ ryandubs

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang pesohor media sosial mendedahkan bahawa dia sanggup membelanjakan wang sehingga AS$2,000 (RM8,372) setiap bulan untuk membeli enam kotak air mineral jenama Voss kerana tidak tahan dengan rasa air paip, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurut Ryan Dubs, dia mempunyai empat buah peti sejuk di rumahnya yang diisi dengan 164 buah botol kaca air mineral Voss untuk diminum.

“Sebagai seorang individu yang hanya minum air mineral, ia merupakan satu kemewahan.

“Saya juga amat tidak menyukai rasa air paip dan tidak boleh meminumnya. Saya hanya boleh minum air mineral dari botol,” katanya kepada kira-kira 503,000 pengikutnya di TikTok.

Tambah Dubs, sebelum ini dia pernah meminum air mineral Fiji Water namun rasa bersalah kerana jenama tersebut menggunakan botol plastik. 

Disebabkan itu, lelaki berkenaan beralih kepada Voss kerana jenama itu menggunakan botol kaca artisan.

“Tetamu yang datang ke rumah berasa kagum apabila saya menghidangkan mereka air di dalam botol kaca yang sejuk. Ia bagaikan satu aksesori fesyen,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI