fbpx

Di London Fateen Afeefa kebal tak pakai ‘mask’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN AFEEFA

SERONOK tengok perkongsian dua pelakon yang berkawan baik, Fatin Afeefa dan Intan Najuwa yang bercuti di kota London. Layan cuaca sejuklah katakan.

Tapi dalam pada seronok bercuti, ada yang tak senang dengan tindakan Fatin apabila dia dilihat tidak memakai pelitup muka atau ‘mask’ ketika keluar berjalan.

Semua orang tahu, pemakaian pelitup muka sudah tidak diwajibkan di London, walhal kes harian di United Kingdom masih tinggi mencanak.

Tapi bak kata netizen, kebal sungguh Fatin ya sampai nak ikut rakyat negara itu tak pakai ‘mask’, sedangkan varian Omicron tengah mengganas sekarang.

Rasa-rasanya, Fatin sendiri pun boleh fikir mana baik dan buruk. Pandai-pandailah jaga diri sendiri kan. Semoga dia pulang dalam keadaan sihat ya.

DIVA: Bertuahnya Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dapat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI