fbpx

Penyudah tumpul kecewakan Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORRES (kiri) menyelamatkan maruah Barcelona apabila meledak gol penyamaan ketika terikat 1-1 menentang Napoli awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Gergasi Sepanyol, Barcelona mensia-siakan peluang untuk menewaskan Napoli, sebaliknya terpaksa akur seri 1-1 pada aksi pertama playoff Liga Europa di Camp Nou awal pagi semalam.

Keputusan seri 1-1 itu tidak memberikan sebarang kelebihan kepada Napoli untuk aksi timbal balik di Stadio Diego Armando Maradona pada 25 Februari ini disebabkan tiada lagi format ja­ringan di tempat lawan.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez percaya mereka masih berupaya untuk melangkah ke peringkat seterusnya jika memanfaatkan 20 peluang jaringan.

“Jika kami terus beraksi se­perti ini, kami mampu untuk memenangi banyak perlawanan.

“Kekurangan kami sekarang adalah aspek penyudah. Perlawanan ini akan menjadi sangat menarik sekiranya segala pe­luang dapat diterjemahkan kepada jaringan.

“Ini adalah Liga Europa, bukan aksi persahabatan. Sepatutnya kami boleh memenangi perlawanan ini de­ngan defisit dua gol ke atas Napoli,” kata Xavi.

The Catalans dibolosi terlebih dahulu oleh Napoli menerusi Piotr Zielinski dalam babak pertama sebelum Ferran Torres menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Walaupun seri tetapi keputusan itu tetap dilihat positif buat Barcelona yang masih belum tewas 13 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan sejak kalah 0-3 kepada Bayern Munich pada 9 Disember lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI