fbpx

Had pembelian telur, elak kekurangan pada bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kiri) memeriksa bekalan telur ayam pada PJKM Manir di Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggalakkan peruncit melakukan kawalan kendiri bagi mengawal penjualan telur ayam kepada pengguna bagi mengelakkan berulangnya semula krisis kekurangan bahan mentah itu baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pendekatan tersebut dengan sama seperti dilakukan sebahagian peruncit kini yang mengehadkan pembelian minyak masak bersubsidi kepada maksimum tiga paket bagi setiap pengguna.

“Kita bimbang masalah kekurangan bekalan telur ayam akan berulang semula pada bulan puasa dan raya (Aidilfitri) berikutan permintaan tinggi. Pengguna biasanya akan membeli lebih termasuk untuk membuat kuih raya.

“Sebaiknya (penjualan) telur ayam juga dikawal seperti minyak masak (paket bersubsidi) terutama melibatkan pengguna biasa bagi memastikan keberadaan bahan mentah itu di pasaran,” katanya ketika meninjau program Jualan Keluarga Malaysia peringkat Manir di Batu Hampar, Manir di sini hari ini.

Rosol berkata, buat masa ini, pengguna telah dihadkan boleh membeli hanya satu papan bagi setiap keluarga pada PJKM yang menawarkan harga kira-kira 20 peratus lebih murah daripada pasaran.

Jelas beliau, pendekatan itu merupakan antara cadangan KPDNHEP bagi memastikan bekalan telur ayam sentiasa mencukupi di pasaran selain inisiatif pemberian subsidi lima sen bagi setiap biji bahan mentah berkenaan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“KPDNHEP juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengadakan advokasi dan rundingan dengan pengusaha-pengusaha berhubung bekalan telur ayam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI