fbpx

Gas Malaysia agih RM64,000 zakat wakalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmas Hashimi (empat kiri) menyerahkan replika cek sumbangan zakat Wakalah kepada salah sebuah rumah anak yatim pada majlis tersebut.

SHAH ALAM – Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) mengagihkan zakat wakalah berjumlah RM64,000 kepada lapan rumah anak yatim yang beroperasi di Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, jumlah itu merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan zakat wakalah yang disumbangkan syarikat sebanyak RM2 juta.

“Untuk hari ini, kita berikan kepada lapan rumah anak yatim. Di antaranya Rumah Bakti Al-Kausar, Rumah Kebajikan Anak Yatim Damai dan Persatuan Pembangunan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan.

“Secara kasar, setiap pusat kebajikan ini akan menerima RM8,000,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada rumah anak yatim dan majlis berbuka puasa Gas Malaysia di Glenmarie Hotel & Golf Resort, baru-baru ini.

Sejumlah 40 penghuni dan tenaga pengajar rumah anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa itu.

Dalam pada itu, Ahmad Hashimi memaklumkan pihaknya akan terus mengagihkan zakat berkenaan selaras dalam membantu pusat kebajikan yang memerlukan.

“Di samping itu, Gas Malaysia akan terus mengimarahkan Ramadan dengan melakukan pelbagai aktiviti kebajikan seperti membuat bubur lambuk, melawat beberapa rumah kebajikan dan lain-lain lagi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI