fbpx

Tak menang tangan buat tanjak raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHIDI menunjukkan sebahagian tanjak yang dihasilkannya ketika ditemui di Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Pengusaha tanjak tradisional di Kampung Padang, Kepala Batas di sini, sudah tidak menang ta­ngan apabila mula menerima tempahan daripada pelanggan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada Mei ini.

Rashidi Abu Hasan, 46, berkata, biasanya dia mula menerima tempahan kira-kira dua bulan sebelum Aidilfitri.

“Saya sudah menerima tempahan hampir 50 tanjak dan bilangannya dijangka me­ningkat dalam masa terdekat biarpun dalam suasana Co­vid-19 yang tidak menentu.

“Ini menunjukkan bahawa pemakaian tanjak atau tengkolok sudah mendapat tempat dalam kalangan peminatnya lebih-lebih lagi pada musim perayaan,” katanya kepada ­Kos­mo! di sini semalam.

Menurut Rashidi, tanjak juga sesuai dipadankan dengan pakaian kasual selain busana Me­layu tradisional dan tidak terhad pada musim perayaan sahaja.

“Sekarang pemakaian tanjak menjadi trend dan sesuai dipakai dalam apa jua majlis seperti perkahwinan, majlis rasmi dan tidak rasmi selain perayaan,” kata bapa kepada dua anak itu.

Rashidi memberitahu, keunikan tanjak bergantung kepada teknik gubahan sama ada bermotif bunga atau haiwan dan juga jenis kain yang digunakan.

“Selalunya tanjak yang ditempah ialah Tanjak Wa­risan seperti Balong Raja, Tanjak Ayam Patah Kepak dan Tanjak Nahkoda Terong. Material kain yang digunakan pula jenis songket.

“Ia dijual pada harga RM100 ke atas, manakala tanjak menggunakan kain kapas pula berharga RM50 ke atas bergantung kepada bentuk gubahan,” katanya.

Selain Tanjak Warisan, Rashidi turut menerima tempahan Tanjak Kreasi iaitu tanjak gubahan baharu yang belum ada dalam pasaran.

“Tanjak Kreasi yang saya hasilkan banyak bercirikan haiwan seperti burung, ayam dan sebagainya serta turut bermotifkan bunga antaranya Merbah Berlaga, Sirih Acheh dan juga Bunga Pudak yang memakan masa hampir sehari untuk di­siapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI