fbpx

Selesaikan polemik 5G segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Program Operasi Bantu Hingga Selesai (Ops Bahis) KKMM di sini hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Isu berkaitan ‘Single Whole Network’ yang menjadi perdebatan dan polemik perlu segera diselesaikan pada Mac ini bagi memastikan ia tidak menjejaskan gerak kerja 5G.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, dalam masa sama ia juga bagi membolehkan kementeriannya bersama Kementerian Kewangan (MOF) untuk membentangkan kepada Jemaah Menteri berhubung isu berkaitan perkara tersebut.

“Sekarang ini kedudukan Digital Nasional Bhd. (DNB) dan status Single Whole Network menjadi perdebatan dan polemik sekali gus perlu diselesaikan segera pada awal bulan Mac.

“Dalam masa sama, pada awal Mac juga kementerian ini dan MOF akan membentangkan satu kertas kepada Jemaah Menteri untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan polemik Single Whole Network kerana jika dibiar berlarutan akan menjejaskan program gerak kerja 5G,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Apresiasi Sukarelawan Program Operasi Bantu Hingga Selesai (Ops Bahis) Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Polemik berhubung pelaksanaan 5G timbul selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa pelantikan DNB sebagai pelaksana tunggal 5G di Malaysia diputuskan oleh MOF tanpa berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Namun dalam penjelasan balas, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, pemilihan model Single Whole Network dalam pelaksanaan 5G di Malaysia, sudah dibincangkan antara MOF dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Kabinet sejak 2019.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan KKMM bersama MOF untuk membuka kertas bagi memuktamadkan konsep dan laluan kehadapan untuk jalur lebar 5G. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI