fbpx

Menang kes saman, balu Abam Bocey sedekah buah di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR Hidayah meraikan kemenangannya dengan memberi sedekah buah-buahan di sebuah surau.

PETALING JAYA – Kegembiraan yang ditunggu. Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah meraikan kemenangannya hari ini dengan memberi sedekah buah-buahan di sebuah surau.

Nor Hidayah menerusi hantaran InstaStorynya memberitahu dia mahu membeli buah-buahan di sebuah gerai jualan untuk disedekahkan ke Surau Nurul Iman, Seksyen 6 Kota Damansara di sini.

Dalam video tersebut, Nor Hidayah turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah berhenti berdoa dan memberi semangat kepadanya dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini saya di nak beli buah-buahan dan sedekah kepada jemaah surau.

“Hari ini saya bersedekah di surau. Alhamdulillah lepas hajat. terima kasih yang mendoakan saya dari ‘A to Z’,” katanya.

Hari ini, Kosmo! melaporkan Nor Hidayah atau nama penuhnya Siti Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap bekas adik iparnya, Ali, Puteh dan diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, selepas dua tahun kes saman fitnah tersebut berlangsung.

Zulqarnain memerintahkan pembayaran ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, selaku defendan.

Kes saman tersebut berhubung sebuah hantaran berbentuk penghinaan kepadanya ddalam Instagram pada dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI