fbpx

Elvina positif Covid-19, mohon maaf kepada kontak rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELVINA berkongsi khabar duka tersebut menerusi InstaStorynya hari ini.

PETALING JAYA – Semakin hari semakin ramai selebriti tanah air yang dijangkiti virus Covid-19. Kali ini, giliran pelakon Elvina Mohamad pula disahkan positif wabak maut tersebut.

Khabar duka tersebut dikongsi pelakon drama Takdir Yang Tertulis dalam satu hantaran InstaStorynya.

Dia bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada anak dan suaminya turut dijangkiti Covid-19.

“Assalamualaikum, dengan berat hati saya baru sahaja disahkan positif Covid-19. Akhirnya tewas juga selepas dua tahun mengelak.

“Minta maaf kepada semua pihak yang telah menjadi kontak rapat saya. Tolong lakukan ujian calitan secepat mungkin,” ujarnya.

Menerusi hantara perkongsian tersebut, pemilik nama penuh Norzalina Mohamad, 27, itu menunjukkan alat ujian kit ujian pantas (RTK) antigen mempunyai dua garisan iaitu positif.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air turut dijangkiti Covid-19 seperti Afdlin Shauki, Datuk Fizz Fairuz, Ariff Bahran dan Nabila Razali.

Kelmarin, negara merekodkan jumlah kes harian sebanyak 27,831 namun bermula semalam, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi total jangkitan bagi mengelakkan ketakutan dalam kalangan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI