fbpx

Budak lelaki jatuh dalam telaga di Afghanistan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haidar tersepit pada bahagian sisi dan tidak dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.– Twitter

KABUL – Seorang budak lelaki yang terperangkap selama tiga hari dalam sebuah perigi di sebuah perkampungan di Afghanistan telah disahkan meninggal dunia, kata beberapa pegawai Taliban.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Haidar itu terjatuh ke dalam lubang perigi di Shokak, dalam wilayah Zabul, kira-kira 400 kilometer dari barat daya Kabul.

Pasukan penyelamat telah bertungkus-lumus berusaha untuk menyelamatkannya yang disahkan masih hidup sehingga pagi tadi.

“Dengan penuh rasa dukacita, adik Haidar telah pergi meninggalkan kita buat selamanya,” kata Penasihat Kanan Kementerian Dalam Negeri,  Anas Haqqani dalam satu ciapan di Twitter.

Insiden yang menimpa Haidar itu berlaku kira-kira dua minggu selepas kejadian hampir serupa berlaku di Maghribi yang melibatkan seorang lagi kanak-kanak lelaki bernama Rayan.

Arwah Rayan disahkan meninggal dunia selepas terperangkap di dalam sebuah perigi selama empat hari. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI