fbpx

Black Panthers optimis kejutkan Putrajaya Cyborg esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENANG Black Panthers optimis mengejutkan pasukan Putrajaya Cyborg pada minggu keenam aksi pusingan kedua Emas Anuar STL yang berlangsung di Kompleks Sukan Panji, Kelantan esok. FOTO: IHSAN FACEBOOK STL

GEORGE TOWN – Pengurusan Penang Black Panthers optimis barisan pemainnya itu mampu mengejutkan pasukan Putrajaya Cyborg pada minggu keenam aksi pusingan kedua Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan esok.

Buat julung kalinya, lapan pemain skuad Harimau Kumbang termasuk pemain import dari Thailand, Aakasit Naphon bakal digandingkan bagi mengubat duka enam kekalahan lalu.

Pengurus pasukan, Mohamad Azlee Ahmad Mahiudin berkata, banyak persiapan telah dilakukan serta dirancang menjelang aksi bertemu pasukan yang menduduki tangga ketiga Carta STL itu termasuk membuat analisa berdasarkan pertemuan lepas.

Menurutnya, pemain terdiri barisan muda tempatan kini sudahpun menyalakan lampu hijau untuk beraksi lebih cemerlang menentang Putrajaya Cyborg buat kali kedua meskipun berdepan kekalahan pada aksi terakhir minggu ketiga.

“Pasukan optimis tumbangkan pihak lawan esok dan Aaekasit juga mengatakan kesediannya beraksi bersama rakan pasukannya. Kami dapat melihat semangat juang yang dipamerkan semua barisan pemain kini.

“Harapan kami agar mereka dapat melakukan yang terbaik kerana kita memerlukan kemenangan dalam dua perlawanan termasuk bertemu pasukan tuan rumah (Kelantan Warriors) di sana (Kelantan).

“Sasaran kami adalah berada di kedudukan keempat teratas liga sekali gus layak beraksi di Champion Cup nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Ketika ini, pasukan kendalian jurulatih Mohamad Fazil Mohd. Asri dan Ahmad Sufian Napiah itu kini mengumpul 12 mata daripada enam kemenangan untuk menghuni kedudukan kelima dalam carta STL.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pertukaran lokasi perlawanan sedikitpun tidak menimbulkan kegusaran mahupun ketidakselesaan dalam kalangan pemain.

“Ini kerana, pemain sedia ada kini sudahpun diserap dengan pelbagai tekanan termasuk didedahkan dengan perlawanan liga tempatan sebelum ini. Berubah gelanggang tidak menjadi masalah buat mereka,” tambahnya tiga ‘ubi muda’ pasukan itu kini dalam senarai pemilihan ke Sukan SEA dan Sukan Asia yang berlangsung tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI