fbpx

Bekas pesakit Covid-19 perlu tukar berus gigi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kes Covid-19 terutaman varian Omicron yang merebak dengan pantas di seluruh dunia ketika ini membuatkan orang ramai bimbang, malah ada individu yang sudah dijangkiti virus tersebut buat kali kedua dan ketiga.

Menerusi laporan Health Shots, seorang doktor pergigian di India memaklumkan bahawa tindakan tidak membuang berus gigi selepas dijangkiti Covid-19 boleh mendatangkan risiko kepada orang lain yang menggunakan bilik mandi sama.

Dr. Anjana Satyajit yang bertugas di Hospital Artemis, Gurugram berkata, berus gigi perlu dibuang dengan segera kerana virus covid mungkin masih lagi ada di situ.

“Virus (Covid-19) ini boleh bertahan pada permukaan plastik untuk jangka masa yang lama, jadi bekas pesakit perlu membuang berus gigi untuk lebih selamat.

“Ia bukan sahaja akan melindungi daripada dijangkiti semula tetapi juga melindungi ahli keluarga lain jika mereka menggunakan bilik air yang sama,” katanya.

Covid-19 akan menjejaskan sistem imun dan mengakibatkan kesihatan mulut mungkin terjejas teruk kerana ia boleh menyebabkan ulser gingiva dan mulut kering.

“Masalah gingival boleh meningkat disebabkan oleh tindak balas imun yang ditindas dan kekurangan kebersihan mulut yang betul pada pesakit yang terlalu sakit untuk mengekalkan rutin kebersihan mulut yang baik.

“Mulut yang kering akan meningkatkan lagi pertumbuhan bakteria dan ulser mulut,” jelas Dr. Satyajit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI