fbpx

Sungai Terengganu, Pulau Pinang lepasi paras amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan berterusan yang melanda sejak beberapa hari ini menyebabkan sungai di negeri Terengganu dan Pulau Pinang melepasi paras amaran.

Menerusi laman web rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), paras stesen Sungai Nerus di Kampung Langkap, Terengganu menunjukkan status amaran apabila bacaan paras air mencecah 12.06 meter melepasi paras normal iaitu enam meter.

Di Pulau Pinang, paras stesen Sungai Jawi di Seberang Perai Selatan turut menunjukkan status amaran dengan bacaan mencecah 3.89 meter melepasi bacaan normal iaitu 2.40 meter.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kejadian ‘bah hanyut nangga’ di Hulu Terengganu menyebabkan hampir 10 kampung di mukim Hulu Telemong dilanda banjir kilat.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan tanah rendah di dua negeri berkenaan juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI