fbpx

Apa kata pemenang Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“Selepas Cristiano Ronaldo kurang menjadi, saya sebenarnya ada dua pilihan untuk dijadikan kapten pasukan, sama ada kekalkan Ronaldo ataupun Raheem Sterling. Lega juga lah apabila Ronaldo dapat jaringkan gol dan bantu jumlah mata untuk minggu ini. Terima kasih Kosmo!” 

KISHORE KUMAR A/L JAYALINGAM (Puchong, Selangor)
Pasukan: RKK united (98 mata)
Pengurus: Kishore Kumar

 

“Seperti biasa, pemilihan pemain dibuat mengikut prestasi semasa. Saya ada mengambil Raheem Sterling dan jadikan Bruno Fernandes sebagai kapten tetapi dengan keadaan sekarang, mungkin bernasib baik juga kerana kesemua pemain yang dipilih telah memainkan peranan mereka.”

MUHAMMAD ASYRAF MOHD ZAMRI (Kubang Kerian, Kelantan)
Pasukan: Lab Rats fc (97 mata)
Pengurus: Røfx LR [PremierElite]

“Saya gembira apabila pertaruhan untuk meletakkan Cristiano Ronaldo sebagai kapten pasukan minggu ini dapat menyumbangkan mata yang tinggi kali ini. Misi saya selepas ini adalah untuk kekal konsisten sehingga penghujung musim nanti.”

FRANCE JANI (Kepong, Kuala Lumpur)
Pasukan: Bungan FC (98 mata)
Pengurus: Franz Jani

 

“Saya tidak menyangka akan menjadi salah seorang daripada lima pengurus terbaik pada minggu ini kerana sebelum ini, tuah tidak memihak kepada saya. Mungkin percaturan saya pada minggu ini agak menjadi. Terima kasih Kosmo!”

SUARDI SINAMING (Tawau, Sabah)
Pasukan: Ispettorato CF (98 mata)
Pengurus: Suardi Hazard

 

“Fokus saya lebih kepada pemain Manchester United dan saya ada David de Gea, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes. Untuk kali ini, saya menggunakan triple kapten dan nyata ia sangat berbaloi dan menjadi.”

SUHARMAN MARSUKI (Tawau, Sabah)
Pasukan: Galaxyyy
Pengurus: Sufian Yan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI