fbpx

Suku sungai di dunia tercemar oleh bahan kimia perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENCEMARAN menimbulkan risiko kepada habitat air tawar dan hidupan liar. - Unsplash

LONDON – Paras ubat farmaseutikal yang berpotensi bertoksik ditemui di suku lokasi sungai yang diperiksa di seluruh dunia, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penyelidik seluruh dunia meninjau lebih daripada 1,000 tapak di 258 sungai. Antaranya adalah sungai Thames di London ke laluan air lain di Britain, sungai-sungai di kawasan Amazon Brazil dan di bandar-bandar utama seperti Delhi, New York dan Guangzhou.

Penilaian itu mengukur kehadiran 61 bahan farmaseutikal termasuk beberapa sebatian yang digunakan dalam kehidupan manusia seperti kafein sama ada berada di paras yang berpotensi memberi kesan kepada alam sekitar atau tidak.

Kajian tersebut diterbitkan menerusi Prosiding Akademi Sains Kebangsaan (PNAS) yang memberi amaran bahawa pencemaran sungai di dunia oleh bahan kimia perubatan sebagai masalah global.

Penyelidikan itu memberi amaran bahawa pencemaran tersebut berpotensi memberi risiko kepada habitat air tawar dan hidupan liar.

Ia berisiko menyumbang kepada pembentukan bakteria yang tidak dibunuh tetapi terus membiak.

Ia turut mengancam matlamat global dalam menjaga kualiti air dan mengurangkan pencemaran. 

Analisis yang dijalankan di Universiti York, Britain itu menunjukkan bahawa pencemaran dari sisa kimia perubatan berada di setiap benua dengan bahan seperti nikotin dan kotin, kafein dan parasetamol didapati di mana-mana termasuk Antartika.

Pelbagai bahan kimia lain turut ditemui di seluruh benua yang didiami manusia seperti ubat yang merawat denyutan jantung tidak normal, antibiotik, antidepresan, ubat tidur dan antihistamin.

Sesetengah sungai juga terdedah kepada campuran bahan kimia yang kompleks.

Walaupun kebanyakan bahan kimia yang dilihat di sungai secara global adalah lebih rendah daripada kepekatan yang boleh menyebabkan kesan ekologi, terdapat tahap bahan cemar yang boleh menimbulkan ancaman kepada alam sekitar atau manusia di lebih daripada satu perempat daripada lokasi yang dikaji. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI