fbpx
Noor Azmi (kanan) menyuntik vaksin Covid-19 kepada seorang kanak-kanak menerusi PICKids di HRPZ II, Kota Bharu hari ini.

KKM sahkan anak KJ sudah terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Anak bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar disahkan sudah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kelmarin.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) itu sekali gus menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa ada pihak yang telah membuang cecair vaksin sebelum menyuntik anak Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, KKM tidak akan menipu terutamanya untuk memberi suntikan vaksinasi kepada kanak-kanak.

“Sekiranya benar, anak kepada beliau (Khairy Jamaluddin) tidak disuntik, kita akan siasat dan lihat video yang tular itu kerana ia juga secara dekat.

“Jika semua tidak percaya, kita boleh memanggil individu (kakitangan KKM) yang menyuntik anak beliau. Semua orang sudah melihat, anak Menteri Kesihatan itu disuntik vaksin,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Lawatan Kerja ke Kelantan Untuk PICKids di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Azmi memberitahu, orang ramai tidak sepatutnya tersilap untuk membuat keputusan kerana video anak Khairy Jamaludin menerima vaksin sudah tular di media sosial.

Katanya, tidak mungkin KKM hendak menipu ketika melakukan suntikan vaksinasi tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 17 saat yang menunjukkan kakitangan KKM didakwa membuang cecair vaksin Covid-19 sebelum menyuntik Raif,6, yang merupakan anak bongsu Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya memaklumkan Raif telah selesai dos pertama vaksin Covid-19.

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya, Raif di WTCKL. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19,” ciapnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR