fbpx

JAS mohon ulasan EIA berhubung projek hab tenaga mega di Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Orang awam terutama penduduk di Muar, Johor dimohon agar memberi ulasan kepada laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) untuk satu projek mega di daerah itu.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman sosial rasminya, ia melibatkan cadangan pembangunan pelan induk Maharani Energy Gateway yang terletak di perairan Selat Melaka.

“Projek ini akan mempunyai pelbagai impak sama ada positif atau pun negatif terhadap alam sekeliling dan orang ramai dialu-alukan untuk memberikan ulasan secara bertulis,” katanya.

Segala impak kemungkinan serta beberapa langkah mitigasi ujar JAS telah pun dikenalpasti dan diperincikan dalam laporan EIA yang disediakan oleh agensi pelaksana yang berkaitan.

Projek besar itu dimajukan oleh Maharani Energy Gateway Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Johor Bahru, Johor dan syarikat tersebut juga boleh dihubungi menerusi talian 07-2269133.

Pembangunan projek tersebut melibatkan empat plot yang keseluruhannya berkeluasan 1,311 hektar dengan EIA telah dibuat secara berasingan untuk setiap cadangan plot berkenaan.

Ia melibatkan pembinaan hab tenaga lestari serantau dan pelabuhan laut dalam, dengan konsep pembangunan yang berasaskan perindustrian terdiri daripada pelbagai aktiviti maritim.

Ini termasuklah penyetoran minyak dan gas serta perdagangan bunker, industri petrokimia, operasi kapal-ke-kapal, loji janakuasa, baik pulih perkapalan dan perkhidmatan logistik marin.

Mereka yang berminat mahu mendapatkan laporan EIA itu boleh merujuk ke Perpustakaan Ibu Pejabat JAS di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Wisma Sumber Asli, Presint 4 di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI