fbpx
Anggota polis mengangkat mayat dua beradik yang ditemui mati disyaki keracunan makanan di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut kelmarin.

‘Tak lena tidur asyik terkenang mulut budak berbuih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang penduduk terkilan kerana tidak sempat memberi makanan kepada dua beradik yang ditemui mati selepas memakan sisa yang dipungut dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa di Bukit Malut kelmarin.

Penduduk yang dikenali sebagai Kasim, 42, berkata, masih terngiang-ngiang kelibat dua beradik itu di dalam benak fikiran­nya hingga membuatkan dia tidak lena tidur setiap kali ter­kenang keadaan mangsa yang mati dalam keadaan mulut berbuih akibat keracunan.

Katanya, dia pernah memin­ta daripada bapa mangsa untuk menjaga dua beradik warga ­Myanmar tersebut selepas melihat keadaan mereka dalam kea­daan tidak terurus, namun ditolak mentah-mentah.

“Dua beradik itu kelihatan terabai jadi saya minta untuk menjaga mereka tetapi tidak dibenarkan.

“Saya sangat terkilan kerana pada hari kejadian saya tidak sempat memberi makanan kepada mereka dan malam tadi (kelmarin) saya tidak boleh tidur terkenangkan mereka,” katanya ketika ditemui di sini.

Semalam Kosmo! Online me­laporkan, dua kanak-kanak dikenali sebagai Ngei Jamaludin, 2, dan abangnya, Nizambudin, 4, meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih oleh bapa mereka kira-kira pukul 5.40 petang.

Bapa mangsa berusia 36 tahun mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan hanya me­numpang di rumah jiran.

Menurut Kasim, dua beradik itu sering bermain di sepanjang jalan berhampiran tong sampah tersebut.

Cerita Kasim lagi, selalunya dia serta beberapa penduduk lain akan memberikan wang dan makanan kepada dua beradik tersebut.

“Pada hari kejadian, bapa kanak-kanak itu memaklumkan mereka baru makan mi segera.

“Kami semua terkejut kerana tong sampah tersebut kerap diselongkar oleh monyet tetapi tiada pula yang mati keracunan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, bapa mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

“Suspek juga positif morfin selepas menjalani ujian air ken­cing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN