fbpx

Tular ‘Rossi’ beli nasi goreng di warung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar paparan video yang menunjukkan lelaki mirip legenda MotoGP, Valentino Rossi. - Instagram

JAKARTA- Sebuah warung tepi jalan menjadi tular apabila didatangi seorang pelanggan yang wajahnya mirip legenda pelumba motosikal MotoGP, Valentino Rossi, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi muat naik di laman Isntagram @jabodatek.trends, lelaki itu dilihat berpaling ke belakang sambil tersenyum ketika dipanggil oleh pemilik warung.

“Rossi singgah beli nasi goreng sebelum ke Litar Mandalika, Lombok untuk perlumbaan MotoGP,” tulis keterangan pada klip video tersebut.

Paparan video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengakui kemiripan wajah lelaki tersebut dengan Rossi.

“Ini bukan Valentino Rossi, ini Valentono Rosidin,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI