fbpx

TNB mahu rampas Piala Sumbangsih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUL (kanan) yakin pasukannya mampu bersaing sengit dengan THT merebut kejuaraan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional pada 18 Februari ini.

KETUA Jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini percaya barisan pemainnya mampu memberikan cabaran sengit kepada semua pasukan untuk merebut tiga kejuaraan pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

TNB berpeluang merangkul gelaran pertama sekiranya menewaskan Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam aksi Piala Sumbangsih yang menjadi pentas pembukaan MHL 2022 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 18 Februari ini.

Jika berjaya, dua lagi trofi menjadi sasaran TNB iaitu MHL dan Piala TNB yang turut me­nyaksikan penyertaan pasukan seperti Maybank, TNB Thunderbolts, UiTM, Nurinsafi Sporting dan pasukan pembangunan lelaki negara musim ini.

“Latihan berintensiti tinggi telah dijalankan selain menghadapi beberapa perlawanan persahabatan. Jadi, pasukan kami boleh dikatakan sudah 60 peratus bersedia untuk menghadapi Piala Sumbangsih.

“Tahun ini saya melihat THT sebagai salah satu pasukan yang perlu diberikan perhatian kerana mereka mempunyai ramai pemain terbaik.

“Bertemu pasukan yang bagus, disiplin perlu tinggi dan pemain harus menggunakan setiap peluang untuk menjaringkan gol,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Sementara itu, pengendali THT, Roslan Jamaluddin menjangkakan saingan kali ini akan menjadi musim yang sengit de­ngan peluang merebut kejuaraan terbuka kepada semua pasukan.

“Saya melihat THT mempu­nyai cara permainan serta kekuatan yang tersendiri dan tahun ini saingan MHL dilihat sama rata buat semua pasukan.

“Maybank tahun ini membawa pemain-pemain yang pernah beraksi dengan UniKL (Universiti Kuala Lumpur) pada musim lalu sekali gus memberikan kelebihan kepada mereka.

“TNB pula mengekalkan barisan pemain yang telah lama beraksi bersama, jadi saya melihat saingan hebat akan diberikan oleh semua pasukan pada musim ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI