fbpx

Pejabat UMNO Mersing dipecah masuk, dokumen PRN hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Farhana menunjukkan laporan polis yang dibuat susulan kejadian pejabat UMNO Mersing dipecah masuk dalam kejadian hari ini.

MERSING – Beg berisi dokumen yang akan digunakan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di pejabat UMNO bahagian Mersing di sini hilang selepas berlaku kejadian pecah masuk premis berkenaan di Jalan Ismail di sini hari ini.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing, Rina Farhana Abdullah berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama seorang kerani lelaki hendak memulakan tugasan pada pukul 8 pagi tadi.

“Kami dapati pintu utama yang terletak di tangga masuk tidak berkunci sedangkan semalam kira-kira pukul 6 petang pintu utama dan pintu masuk pejabat telah dikunci oleh kerani kerana pejabat tutup.

“Saya juga dapati pintu pejabat telah dipecah. Namun pemeriksaan lanjut mendapati satu beg (woven) berwarna putih milik puteri UMNO bahagian telah tiada,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya, beg berkenaan mengandungi enam unit telefon bimbit, simkad, data PRN Johor, baucar saguhati petugas dan satu fail berisi senarai nama petugas dan laporan sikap petugas.

“Dokumen tersebut digunakan untuk PRN yang akan berlangsung sekali gus mengesyaki kejadian berlaku itu mempunyai unsur khianat kerana beberapa unit laptop yang berada berdekatan beg woven yang hilang tersebut tidak dicuri.

“Saya tidak mengesyaki sesiapa. Namun berharap pihak berkuasa dalam melakukan siasatan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI