fbpx

Kapten Speedy Tigers perkuat THT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARHAN (tengah) menjadi tonggak baharu THT dalam saingan MHL selepas berhijrah daripada UniKL musim ini.

JUARA bertahan Piala TNB, Pasukan Hoki Terengganu (THT) menerima tonik terbaik menje­lang saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) dengan kehadiran kapten pasukan kebangsaan, Muhammad Marhan Mohd. Jalil.

Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Mohd. Fikri Harun berkata, pemain berusia 32 tahun itu akan memperkuatkan jentera tengah THT bermula aksi Piala Sumbangsih menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 18 Februari ini.

Menurutnya, pengalaman bekas tonggak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu diyakini mampu memberi impak besar buat skuad kendalian Roslan Jamaluddin dalam misi merampas kejuaraan liga musim ini.

“Semua pemain turut teruja dengan persetujuan Marhan untuk menyarung jersi THT musim ini disebabkan reputasi beliau sebagai ketua pasukan skuad Speedy Tigers.

“Marhan seorang pemain berkaliber dan akan menjadi nadi THT di samping tonggak sedia ada antaranya Fitri dan Faizal Saari, Shahrun Nabil Abdullah serta Nabil Fiqri Mohd. Noor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu kelmarin.

Mohd. Fikri berkata, THT juga akan diperkuatkan dengan kehadiran bekas kapten kebangsaan, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, 36, sekali gus menambah sengat dalam situasi pukulan sudut penalti dan mengukuhkan benteng pertahanan pasukan.

“Selain mendapatkan khidmat Marhan dan Sukri, THT turut mempertaruhkan bekas pemain UniKL, Pavandip Singh dan bekas tonggak TNB, Amirol Aideed Arshad musim ini,” katanya.

THT dijangka berdepan cabaran TNB dan Maybank selepas UniKL menarik diri daripada saingan MHL 2022 yang turut disertai TNB Thunderbolts, Nurinsafi, UiTM dan skuad pembangunan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI