fbpx

Polis cari pemandu kereta ‘tayang’ gari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pemandu kereta Proton Persona menayangkan gari kepada pemandu kereta lain selepas berlaku perselisihan faham dalam kejadian di Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Proton Persona yang bertindak menayangkan gari kepada pemandu lain sepertimana video tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi tiga minit yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Viralmeletop yang menunjukkan telah berlaku perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, dekat sini.

“Susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular.

“Kita juga akan melakukan siasatan berhubung kejadian itu,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurut beliau, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Kita nasihatkan orang awam agar tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi ditalian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur ditalian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI