fbpx

Curi tangga selepas mengaku jiran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seroang lelaki bertindak melarikan sebuah tangga dengan meminjamnya setelah mengaku dia jiran baharu di sebuah kejiranan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi ketika seorang lelaki bertindak meminjam tangga di sebuah rumah tetapi bertindak mencurinya senyap-senyap, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @Dailypontianak itu menunjukkan rakaman daripada sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah rumah.

Seorang lelaki berpakaian kemas dilihat masuk dan bertemu pemilik rumah tersebut dengan mengaku bahawa dia jiran baharu di kejiranan tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku di Gg. Pisang, Jeruju, bandar Pontianak. 

Sehingga kini, tangga yang dipinjam itu masih belum dipulangkan dengan lelaki terbabit tidak ditemui walaupun dicari di serata kejiranan tersebut.

Rupa-rupanya, kejadian serupa pernah dialami penduduk lain di kawasan itu.

Rakaman tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. 

“Perkara sama berlaku kepada saya, sampai sekarang tidak pernah dipulangkan,’’ tulis seorang netizen.

“Ini bukan mencuri tapi menipu namanya,’’ komen netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI