fbpx

Satelit Elon Musk ganggu misi ke angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPACEX merancang untuk melepaskan kira-kira 30,000 satelit ke orbit Bumi. – AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi amaran bahawa peningkatan bilangan satelit milik Elon Musk, Starlink di orbit Bumi boleh menghalang misi manusia untuk meneroka angkasa lepas, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu membangkitkan kebimbangan mengenai bilangan satelit Starlink yang semakin bertambah dan dijangka meningkat lebih dua kali ganda daripada bilangan objek lain yang dikesan di orbit Bumi. 

NASA memberitahu Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) mengenai kebimbangan risiko insiden pelanggaran satelit yang meningkat. Ini boleh menjejaskan misi sains dan penerokaan manusia ke angkasa lepas oleh NASA dan pihak lain. 

Ketika ini, terdapat sekitar 25,000 objek di orbit Bumi dengan lebih 6,000 daripadanya berapa pada di bawah ketinggian  600 kilometer.

Selain menggandakan bilangan objek yang dikesan di orbit, penambahan satelit Starlink juga akan menyebabkan objek di bawah ketinggian 600 kilometer meningkat lebih lima kali ganda, tambah NASA. 

SpaceX ketika ini mempunyai 1,469 satelit aktif dengan tambahan 272 lagi akan dilancarkan dalam masa terdekat. Ia merupakan sebahagian daripada perancangan SpaceX untuk menggunakan kira-kira 30,000 satelit di orbit Bumi. 

“Kami bimbang jumlah satelit yang begitu besar ini akan mengganggu kerja-kerja pemerhatian astronomi,’’ kata ahli astrofizik Pusat Astrofizik Harvard–Smithsonian, Jonathan McDowell.

“Saya fikir kita memerlukan lebih banyak pengalaman dalam pengoperasian beberapa ribu satelit sebelum meningkatkan jumlahnya  sehingga berpuluh-puluh ribu,’’ tambah beliau.

Syarikat Amazon yang turut bersaing dengan SpaceX menerusi program Projek Kuiper juga menimbulkan kebimbangan berkenaan program Starlink kerana dilihat boleh mengganggu sistemnya sendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI