fbpx

Malaysia jalin kerjasama tingkat kualiti pengajian tinggi dengan Georgia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (duduk) ketika menandatangani MoU antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Georgia atas kerjasama dalam bidang pengajian tinggi, di ibu pejabat KPT baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Buat julung kalinya, Malaysia dan Georgia menjalin kerjasama bagi meningkatkan kualiti bidang pengajian tinggi menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha memperkasakan pendidikan kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kerjasama itu membabitkan pemudahcaraan usahasama dalam sektor pengajian tinggi antara institusi pengajian tinggi (IPT) kedua-dua negara dan aktiviti penyelidikan.

Katanya, kerjasama itu turut membabitkan pertukaran maklumat, staf akademik, guru, pelatih, pelajar, pakar dalam kalangan kalangan warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Kementerian Pendidikan dan Sains Georgia yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Pihak MQA akan bekerjasama rapat dengan Georgia Accrediting Commission (GAC) supaya secara langsung dapat menyetarakan jaminan kualiti program akademik IPT antara kedua-dua negara.

“Inisiatif ini akan membantu merealisasikan hasrat KPT untuk menarik minat 250,000 pelajar antarabangsa ke negara ini seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global,” katanya pada Majlis Menandatangani MoU antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Georgia atas kerjasama dalam bidang pengajian tinggi, di ibu pejabat KPT di sini, baru-baru ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI