fbpx

KPDNHEP sambut baik laporan DOSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkaitan Sektor Perdagangan Pengedaran yang merekodkan nilai jualan bulanan tertinggi Disember tahun lalu.

Menerusi laporan pada 9 Februari lalu itu, DOSM melaporkan bahawa sektor berkenaan telah mencatatkan nilai jualan bulanan tertinggi berjumlah RM120.5 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, DOSM turut melaporkan jualan tahunan merekodkan pertumbuhan 4 peratus kepada RM1.3 trilion berbanding tahun sebelumnya dengan sub sektor peruncitan juga telah mencatat pertumbuhan 3.5 peratus kepada RM48.5 bilion.

“Pertumbuhan sub sektor peruncitan bagi suku keempat tahun 2021 (Q4 2021) yang mencatatkan peningkatan 5 peratus kepada RM142.6 bilion juga turut memberi petunjuk bahawa sektor peruncitan telah kembali positif yang disokong oleh pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat.

“Pertumbuhan ini membuktikan bahawa pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara terancang dan sistematik telah menunjukkan kesan yang positif khususnya kepada sektor peruncitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh KPDNHEP seperti Program Vaksinasi Sektor Peruncitan (RiVAC) kepada barisan hadapan ekonomi, Program Digitalisasi Sektor Peruncitan (ReDI), Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), Program Citarasa Malaysia dan Program Jualan Malaysia (PJM) 2022 turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor peruncitan.

“Elemen penguatkuasaan juga terus dipertingkatkan untuk menyokong pemulihan sektor perdagangan pengedaran terutama dalam memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard(SOP) dan kecukupan bekalan barangan keperluan sepanjang masa.

“KPDNHEP sentiasa dinamik dalam mempelbagaikan program juga inisiatif termasuk mengadakan sesi libat urus secara berterusan dan memperluaskan kerjasama strategik antara pemain industri pengedaran dan peruncitan serta bersama-sama berganding bahu sebagai satu Keluarga Malaysia bagi membantu memulihkan ekonomi negara.

“Ianya juga diharap dapat menjadi pemangkin seterusnya menggerakkan sektor perdagangan pengedaran untuk kembali memberi sumbangan signifikan kepada pencapaian sektor
perkhidmatan negara dan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK),” ujar beliau.

Tambah beliau, pemain industri dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sekreteriat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian 03-8882 5881/ 5905 atau melalui e-mel kepada [email protected]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI