fbpx

Pihak berkuasa Thailand mandulkan monyet ganggu pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dalam beberapa tahun lepas, sebanyak 600 ekor monyet di wilayah Petchaburi telah ditangkap untuk dimandulkan sebelum dibebaskan semula. – iStock

BANGKOK – Pihak berkuasa wilayah Petchaburi di Thailand mengambil langkah proaktif dengan memandulkam monyet-monyet liar di wilayah tersebut kerana mengancam sektor pelancongan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Seorang penasihat bagi Kementerian Sumber Alam Semula Jadi dan Alam Sekitar berkata, bilangan monyet liar yang semakin meningkat di wilayah itu menggugat keselesaan pelancong kerana haiwan tersebut sering mencuri barangan milik mereka.

Buat masa ini, terdapat antara 1,000 hingga 1,500 ekor monyet bagi setiap daerah dan angka ini meningkat kepada 3,000 di daerah Muang.

Populasi di luar kawalan itu memaksa pihak berkuasa untuk mengasi haiwan tersebut bagi mengawal keadaan.

Dalam beberapa tahun lepas, sebanyak 600 ekor monyet telah ditangkap untuk dimandulkan sebelum dibebaskan semula.

Sampel darah turut diambil daripada monyet-monyet tersebut untuk membuat saringan sama ada ia berisiko membawa penyakit anjing gila.

Kawanan monyet di beberapa wilayah di Thailand diketahui sering memaparkan sikap agresif terutamanya di Lop Buri. 

Di sebuah kawasan tokong terkenal yang digelar sebagai ‘tokong monyet’, Phra Prang Sam Yod, sering berlaku insiden pertarungan antara kawanan monyet yang berada di situ. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI