fbpx

Mohd. Shafiq dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah diperkenankan pelantikannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu adalah berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Kerajaan.

“Kerajaan juga merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Shafiq yang berusia 58 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun.

Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Disember 1992. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI