fbpx

Meggy Wulandari digelar ‘janda gila harta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEGGY WULANDARI

PELAKON sinetron Meggy Wulandari berang selepas dituduh sebagai janda yang gilakan harta oleh netizen.

Bekas isteri kepada pelawak, Kiwil itu dituduh sebagai ‘gila harta’ selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang usahawan berstatus jutawan bernama H. Muhammad pada September 2020.

Tidak mahu sekadar berdiam diri membiarkan nama baiknya terus dipijak orang, Meggy mula memulangkan paku buah keras kepada netizen menerusi Instagramnya.

“Saya ingin tegaskan bahawa perkahwinan saya dengan H. Muhammad adalah atas dasar cinta dan bukan kerana mengejar harta kekayaannya.

“Saya meminta orang ramai supaya berhenti daripada bercakap perkara yang bukan-bukan tentang saya. Saya sangat sayangkan suami saya ikhlas daripada hati,” wanita kelahiran Bogor, Jawa Barat, Indonesia itu kesal.

“Ada sesiapa boleh buktikan bahawa saya seorang janda gila harta?

“Anda semua ada bukti? Kalau tiada, tolong berhenti berkata tentang saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI