fbpx

Wanita terkejut lelaki bogel sembunyi dalam but kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis turut terkejut apabila mendapati lelaki tersebut berada di dalam but kereta dalam keadaan berbogel. – TikTok

OTTAWA, KANADA – Seorang wanita di  Kanada terkejut apabila mendapati seorang lelaki bogel bersembunyi di dalam but keretanya selama tiga hari, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Bethany Coker yang memuat naik video insiden tersebut di TikTok berkata, dia tidak menyedari lelaki tersebut berada di dalam but kenderaannya meskipun menaiki kereta Subaru sedan itu untuk pergi ke banyak tempat.

Menurutnya, dia pada awalnya dapat melihat tanda-tanda lelaki itu memasuki keretanya apabila melihat kesan lumpur pada tempat duduk pemandu.

Dia kemudian membersihkan kekotoran tersebut tanpa menyedari bahawa lelaki itu bersembunyi di dalam but kereta selama tiga hari.

Coker akhirnya mula berasa curiga apabila melihat terdapat kesan kabus dari bahagian dalam keretanya. Apabila dia masuk ke dalam kenderaan itu, Coker terdengar bunyi suara lelaki memanggilnya.

“Pada awalnya saya menyangkakan seseorang sedang mempermainkan saya. Disebabkan itu saya merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit kerana tidak memahami keadaan tersebut,” katanya.

Coker kemudian menghubungi polis bagi melaporkan perkara itu walaupun pihak polis tidak mempercayainya pada awalnya.

Lelaki tersebut dilaporkan telah dihantar ke wad psikiatri. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI