fbpx

USIM pantau keadaan pelajar terlibat kemalangan bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah bas yang membawa 17 orang pelajar USIM yang terbabas dalam kejadian di Bandar Baru Nilai, Nilai, Seremban pagi tadi. /FOTO IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memantau keadaan pelajarnya yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Nilai Square, Bandar Baru Nilai, di sini pagi tadi.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan berkata, pihak universiti melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan sentiasa mengutamakan kebajikan kesemua pelajar yang terlibat.

“Pihak USIM melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan terus memantau keadaan semasa pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan urusan kebajikan pelajar yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan universiti.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas mendapat laporan penuh dari pihak berkuasa,” katanya.

Jelasnya lagi, kesemua empat individu yang cedera merupakan pelajar Tamhidi (Asasi) dan 17 pelajar terbabit menaiki bas sewa khas untuk ke kuliah di kampus.

“Empat pelajar yang cedera telah dihantar ke (HTJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut, bagaimanapun pemandu bas yang cedera ringan dan 13 pelajar lagi telah dibawa ke Pusat Kesihatan Universiti untuk mendapatkan rawatan luar,” ujarnya.

Terdahulu, seramai empat pelajar USIM dilaporkan cedera selepas bas persiaran yang dinaiki 17 pelajar itu terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian pagi tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI