fbpx

Sajat diminta hadir di mahkamah kes penipuan maklumat pada Mykad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat.

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Sajat diminta hadir di mahkamah bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat pada Mykad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari ini.

“Kita mengesan alamat terakhirnya di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mana-mana pihak yang mengenali Sajat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mastura Abdul Basher ditalian 018-2053955. – K!ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI