fbpx

Empat pelajar USIM cedera, bas rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah bas yang membawa 17 orang pelajar USIM yang terbabas dalam kejadian di Bandar Baru Nilai, Nilai, Seremban, dekat sini pagi tadi. /FOTO IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Seramai empat daripada 17 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian berhampiran sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Raihan Che Mat berkata, pihaknya mendapat panggilan kejadian pada pukul 7.41 pagi dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

Jelas beliau, bas berkenaan membawa seramai 17 orang pelajar dan dalam perjalanan ke USIM.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami menerima laporan mengenai tumpahan minyak di atas jalan raya berhadapan restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai.

“Terdapat sebuah bas dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok kemungkinan akibat tumpahan minyak berkenaan.

“Terdapat empat orang pelajar cedera pada tangan dan ada yang cedera pada bahagian tulang belakang. Kesemua pelajar terbabit telah dihantar menggunakan ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) katanya,” ketika dihubungi hari ini.

Laporan lanjut mengenai kejadian akan menyusul. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI