fbpx

Sebab kacak, Meerqeen disangka ‘oppa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI babak romantis antara Meerqeen dan Anna Jobling membuatkan ramai yang tidak senang duduk.

TIADA angin dan ribut, tiba-tiba nama Meerqeen menjadi bahan bualan netizen dalam TikTok.

Mana tidaknya, video lakonannya bersama pelakon cantik Anna Jobling tular sehingga mengundang rasa cemburu dan juga kurang senang netizen.

Video yang dimuat naik Anna dalam akaun TikToknya memaparkan mereka sedang melakonkan babak romantik untuk sebuah drama terbaharu.

Lucunya, ada yang menyangka Meerqeen sebagai pelakon Korea Selatan atau ‘oppa’ kerana ketampanannya.

“Aku sangkakan ‘oppa’ mana tadi,” komen netizen.

“Masalah sekarang, kenapa dia yang pandang tetapi aku pula cair,” kata seorang lagi netizen.

Cair ya hati semua peminat Meerqeen. Jangan risau, itu hanyalah lakonan semata-mata.

DIVA: Hati-hati di jalan raya terutama kepada mereka yang akan pulang dari kampung halaman hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI