fbpx
TANGKAP layar sebuah video temu ramah Anuar bersama sebuah program hiburan tular yang bertanya isu membabitkan kontroversi membabitkan Vida.

Jadilah bijak seperti Anuar Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMUA orang tahu tentang kontroversi keterlanjuran kata-kata membabitkan usahawan sensasi Datuk Seri Vida terhadap penyanyi terkenal Anuar Zain.

Ketika isu tersebut berlaku, memang panas sungguh dunia hiburan sebab ramai yang mengecam termasuklah rakan artis.

Tapi bukan hal itu lagi yang nak dikatakan Diva. Melainkan sikap dan pekerti yang ditonjolkan Anuar sepanjang berdepan isu tersebut.

Baru-baru ini, tular dalam TikTok sebuah video temu ramah penyanyi itu bersama sebuah program hiburan. Ketika ditanya wartawan, Anuar bertindak menolak menjawab soalan berkaitan isu tersebut.

Laju sahaja dia menolak dengan cara baik. “Saya tak nak jawab tentangnya. Tak. Tak payah. Tak payah tanya tentang itu. Tak apa. Okey,” jawabnya.

Maka, netizen pun apa lagi, berbondong-bondonglah pujian dizahirkan buat Anuar kerana mengambil pendekatan bijak untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut.

Ramai juga yang puji penyanyi itu kerana sangat tenang berdepan kontroversi walhal jika diikutkan, dia boleh menyaman Vida atas keceluparannya seperti dicadangkan netizen.

Sudahlah suara sedap, diminati ramai, berakhlak baik pula. Demikian antara pujian netizen. Jadi memang tak hairanlah kalau ramai yang sayang Anuar.

Buat semua di luar sana, boleh dijadikan contoh ya. Kalau masing-masing nak jadi api, terbakarlah jawabnya. Itu yang boleh meleret sampai ke mahkamah. Good job, Anuar!

DIVA: Nora Danish kongsi gambar ‘shooting’ pakai baju kahwin, terus ada netizen keliru ingatkan dia baru kahwin. Bukti betapa masyarakat kita kurang membaca dengan teliti.

POPULAR