fbpx

Tiada lesen, lesen tamat tempoh paling ramai kena tindakan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy memeriksa kenderaan sempena Operasi Tahun Baru Cina di Plaza Tol Juru arah Utara dekat Bukit Mertajam, Seberang Perai malam tadi. /FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Memandu tanpa lesen dan lesen tamat tempoh antara kesalahan paling banyak dikesan ketika Operasi Tahun Baru Cina di Plaza Tol Juru arah Utara dekat Bukit Mertajam di sini semalam.

Dalam operasi terbabit, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah mengeluarkan sebanyak 181 notis bagi pelbagai kesalahan antaranya kesalahan berkaitan lesen memandu (69), lesen kenderaan (35), cermin gelap (28), nombor pendaftaran (15) dan lain-lain (34).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, sebanyak 895 kenderaan telah diperiksa dan 132 daripadanya telah dikenakan tindakan.

Katanya, operasi terbabit memberi tumpuan penguatkuasaan kesalahan utama jalan raya membabitkan pemeriksaan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan.

“Kita mahu lihat pengguna jalan raya yang ingin kembali ke kediaman masing-masing selepas tamat bercuti tiba dengan selamat.

“Kerjasama dengan pelbagai agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dapat memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Jelas Aedy lagi, pihaknya turut memeriksa kenderaan yang menggunakan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi selain lampu High Intensity Discharged (HID) yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI