fbpx

Isu berkaitan peminjam AIM akan ditangani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kiri) bertanya sesuatu ketika melawat gerai jualan menerusi Program Bersama Sahabat AIM di Laman Seri Ridzuan di sini, hari ini.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan diperingkat negeri bagi membantu menyelesaikan masalah peminjam Skim Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terutamanya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa khas tersebut akan dibentuk pada 17 Februari depan bersama agensi-agensi bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan.

“Perkara utama mereka memerlukan tempat bagi mengadakan mesyuarat mingguan kerana sebelum ini pihak-pihak tersebut bermesyuarat di dewan orang ramai.

“Hal ini akan diusulkan dalam mesyuarat nanti selain kerumitan mengisi borang serta kawalan kepada harga barang mentah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Sahabat AIM di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah mereka secara selaras supaya dasar dapat dilaksanakan di seluruh negeri, bukannya berbeza-beza.

Saarani berkata, pihaknya akan bermesyuarat bersama ketua-ketua jabatan, agensi-agensi terlibat untuk membincangkan isu-isu yang dipersoalkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI