fbpx

Lihat imej cakerawala pada hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hubble Telescope merakam imej fenomena Arp 86, sepasang galaksi luar biasa yang terletak pada jarak kira-kira 220 juta tahun cahaya dari Bumi. – NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memuat naik imej-imej fenomena angkasa lepas pada laman web agensi itu yang membolehkan orang ramai melihat sendiri keadaan cakerawala ketika hari mereka dilahirkan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Imej-imej tersebut dirakam oleh Hubble Telescope milik NASA yang memantau alam semesta selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Ini bermakna, ia telah merakam banyak fenomena menakjubkan yang berlaku di seluruh cakerawala termasuk ketika hari kelahiran setiap manusia.

Imej-imej tersebut dipaparkan bersempena dengan ulang tahun Hubble Telescope ke-30 pada 2020, di mana NASA mengeluarkan sebanyak 365 imej yang dirakam setiap hari. 

Individu yang ingin melihat keadaan angkasa lepas ketika hari mereka dilahirkan hanya perlu melayari laman web NASA dan memasukkan butiran tarikh dan bulan kelahiran mereka.

Bagaimanapun, imej yang boleh dilihat adalah mengikut tahun secara rawak. Ini bermakna pengguna berkemungkinan tidak akan menemui tahun yang tepat bagi kelahiran mereka.

Contohnya, sekiranya hari lahir seseorang itu adalah pada 2 Februari, mereka akan melihat imej fenomena awan besar Carina Nebula Pillars yang dirakam pada tahun 2010.

Selain itu, sekiranya individu itu lahir pada 25 Disember, mereka akan melihat imej galaksi kerdil yang digelar NGC 4214. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI