fbpx

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan situasi ketika seorang lelaki tidak dikenali menghimpit seorang penunggang wanita dengan menunjukkan kemaluannya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi ketika seorang lelaki yang tidak dikenali menunggang motosikal mendekati seorang wanita sambil menunjukkan kemaluannya, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Video itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @kabarnegri.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih berlengan hijau dirakam menunggang sebuah motosikal automatik berwarna putih.

Lelaki itu dikatakan bermain dengan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Klip video tersebut dijadikan sebagai bahan bukti kerana lelaki itu dikatakan mengekori wanita berkenaan.

Menurut maklumat daripada pengguna akaun tersebut, kejadian dikatakan berlaku di kawasan Gondang, daerah Tulungagung, Jawa Timur. 

Netizen membanjir ruangan komen disebabkan kejadian yang berlaku.

“Teruk betul, cuba tendang motosikal dia,’’ tulis seorang netizen.

“Jejak nombor plat, semoga cepat ditangkap. Sangat mengganggu,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI