fbpx

Saya sekat sahaja, tidak berdendam – Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQBAL ZULKEFLI

PETALING JAYA – “Semakin saya berkata jujur, semakin saya ditikam.”

Itu reaksi usahasan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli berhubung setiap kontroversi yang bersilih ganti menghambat kehidupannya sejak akhir-akhir ini.

Seperti manusia lain, Iqbal mengakui dia juga tidak mempunyai kekuatan untuk melawan semua kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Saya tiada daya. Hanya berserah kepada Allah SWT. Semakin berkata jujur, semakin saya ditikam.

“Hinggakan kandungan media sosial berbentuk hiburan juga dianggap serius,” katanya menerusi satu sesi soal jawab dalam InstaStorynya semalam.

Namun begitu, jejaka yang muncul dengan single berjudul Hujan tahun lalu itu mengakui tidak pernah terasa hati atau mengambil serius dengan semua kata-kata negatif netizen terhadapnya.

TANGKAP layar antara perkongsian Iqbal bersama pengikut dalam Instagramnya.

“Dengan netizen, saya tidak pernah ambil pusing.

“Jika keterlaluan, saya sekat sahaja tetapi tidak berdendam,” ujarnya.

Dalam perkongsian lain, bekas pembantu peribadi usawahan kosmetik, Datuk Seri Vida itu turut mengakui menghafal ayat al-Quran pada zaman persekolahannya.

Difahamkan, Iqbal merupakan bekas pelajar di sebuah maahad di Pasir Mas, Kelantan.

“Wajib hafal sebab saya sekolah Maahad Muhammadi. Kalau tak hafal, tidak lulus peperiksaan,” balasnya kepada seorang netizen yang bertanyakan hal tersebut.

Tahun lalu, namanya antara yang paling banyak menjadi bahan bualan netizen kerana sering dihambat kontroversi berkaitan hubungan cinta tidak kesampaian dengan Vida.

Selain itu, dia juga pernah dikecam kerana insiden membaling duit sebelum mengambil keputusan membawa diri ke Indonesia pada November tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI