fbpx
Vava dipatuk oleh ular pada bahagian paha kanan ketika cuba memasukkan reptilia itu ke dalam sebuah karung. – MailOnline

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang penangkap ular terkenal di India kritikal selepas dipatuk pada bahagian pahanya ketika cuba menangkap seekor ular tedung selar , lapor portal berita MailOnline semalam.

Vava Suresh, 48, yang terkenal di negeri Kerala, ketika kejadian sedang melakukan tugas-tugas menangkap dan menyelamat seekor ular tedung selar atau King Cobra di Tamil Naidu, Isnin lepas.

Menerusi rakaman video oleh penduduk setempat, dia dipatuk oleh ular sepanjang tiga meter itu pada bahagian paha kanan ketika cuba memasukkan reptilia itu ke dalam sebuah karung.

Vava bagaimanapun mampu bertahan untuk seketika dan memasukkan ular tersebut ke dalam karung sebelum terjatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan daripada pakar.

Menurut laporan akhbar Hindustan Times, Vava telah pun mula bernafas dengan sendiri meskipun masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi.

Pakar perubatan menjelaskan bahawa ia akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkan kesan bisa ular secara penuh, namun keadaan Vava mungkin boleh pulih seperti biasa.

Sepanjang karier selama 20 tahun, Vava mendakwa telah menyelamatkan beribu-ribu ekor ular dan pernah dipatuk sebanyak beratus-ratus kali. – AGENSI 

POPULAR