fbpx

New Zealand akhirnya terima kepulangan wartawan sarat hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bellis bakal pulang ke New Zealand pada Mac ini. – Instagram

WELLINGTON – Seorang wartawan dari New Zealand yang hamil dan terkandas di Afghanistan akhirnya dibenarkan pulang ke negara asalnya selepas kerajaan menawarkan pengecualian sekatan kemasukan, lapor akhbar The Guardian semalam.

Charlotte Bellis dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa permohonannya untuk pulang ke New Zealand telah diluluskan dan dia akan kembali ke negara itu pada awal Mac ini.

“Kelulusan diberikan berdasarkan risiko berkaitan lokasi saya kini dan bukan disebabkan oleh kehamilan.

“Kami amat gembira untuk pulang ke rumah dan dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan pada waktu istimewa ini,” kata Bellis.

Tambah wanita itu, dia turut berterima kasih kepada rakyat New Zealand bagi sokongan yang diberikan selain turut meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang perlu ditempuhinya itu.

“Saya akan terus mencabar kerajaan New Zealand untuk mencari penyelesaian kepada sistem kawalan sempadan bagi memastikan rakyatnya dapat pulang dalam keadaan selamat serta hak kami dilindungi,” ujarnya.

Bellis merupakan bekas wartawan koresponden di Afghanistan bagi stesen penyiaran Al Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar.

Dia meletakkan jawatan pada November lalu kerana mendapati dirinya hamil. 

Ini kerana ia adalah menjadi kesalahan untuk mengandung tanpa berkahwin di Qatar, justeru, Bellis merahsiakan kehamilannya ketika dia bersedia untuk pulang ke New Zealand.

Bagaimanapun, apabila dia tidak layak untuk mendapatkan pengecualian di bawah sekatan ketat sempadan New Zealand akibat Covid-19, Bellis hanya boleh berlindung di Afghanistan kerana ia merupakan negara lain di mana dia dan pasangannya mempunyai visa untuk tinggal. 

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Grant Robertson berkata, kerajaan menerusi sistem pengurusan kuarantin yang dikenali sebagai MIQ, telah menawarkan Bellis baucar MIQ.

“Kami mempunyai tempat kuarantin untuk Bellis, justeru, kerajaan menyaran agar dia menerima baucar tersebut,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN