fbpx

Liverpool sah ikat khidmat Luis Diaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ melengkapkan perpindahan bernilai £50 juta ke Anfield selepas aksinya bersama Porto menarik minat Liverpool. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melaungkan keyakinan pemain baharu, Luis Diaz memiliki kemampuan untuk menjadi salah seorang pemain kunci buat pasukan tersebut.

Pemain Colombia itu dibawa masuk dengan nilai perpindahan £50 juta (RM280.86 juta) selepas berjaya menarik perhatian The Reds menerusi aksi memukau bersama Porto apabila meledak 14 gol dalam 18 perlawanan liga.

Justeru, Klopp merasakan Diaz mampu menambah sengat buat jentera serangan Liverpool yang sudah pun diperkuatkan Sadio Mane serta penjaring terba­nyak Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah.

“Saya sangat gembira kerana perpindahan ini dapat diselesaikan dan kami berjaya membawa Luis (Diaz) ke Liverpool. Saya hanya akan bawa masuk pemain pada Januari jika benar-benar diperlukan.

“Dia adalah seorang pemain yang sangat hebat dan kami sudah lama mengikuti perkembangannya. Apa yang pasti, Luis memiliki kelebihan mental dan fizikal untuk bermain dalam Liga Perdana,” kata pengendali dari Jerman itu.

Tambah Klopp, beliau juga gembira untuk berurusan de­ngan Porto kerana menganggap pasukan dari Portugal itu sangat profesional selain menjadi salah sebuah kelab terbaik bagi mengembangkan bakat pemain.

“Porto sangat terkenal dari segi pembangunan pemain dan saya akui mereka bijak dalam urusan perpindahan pemain. Saya gembira kerana berjaya dapatkan seorang pemain yang pantas serta memiliki kemahiran teknikal untuk membantu Liverpool,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI