fbpx

Serpihan dipercayai badan kapal terbang dijumpai di Pantai Desaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar objek menyamai serpihan kapal atau kapal terbang di pesisir pantai di sebuah hotel di Desaru, Kota Tinggi, Jumaat lalu.

KOTA TINGGI – Polis melakukan siasatan susulan penemuan objek menyerupai serpihan kapal atau kapal terbang di pesisir pantai sebuah hotel terkemuka di Desaru, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, ketika mengesahkan perkara itu berkata, serpihan berkenaan ditemui oleh pekerja hotel berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

Katanya, pihak polis ada menerima laporan daripada orang awam berkaitan penemuan objek tersebut semalam.

Bagaimanapun katanya beliau tidak boleh mengesahkan lagi berkenaan teori-teori berkaitan penemuan serpihan itu.

“Cuma setakat ini, pihak polis masih dalam siasatan lagi bagi mengetahui dan menentukan jenis serpihan yang ditemui.

“Ia bagi menentukan sama ada ia ada kaitan dengan objek kapal terbang, kapal atau lain-lain kompenan objek berkaitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan keadaan serpihan itu kelihatan seperti ianya agak lama berada di perairan berkenaan.

Serpihan itu turut memiliki warna merah dan biru. Terdapat teori yang menyatakan ia mungkin peralatan daripada pesawat kipas kecil dan bukan daripada pesawat komersial.

Bagaimanapun ada juga pandangan menyatakan ia mungkin daripada serpihan bot.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI