fbpx

Kerajaan Pahang bantu Muhammad Zafifi ziarah bapanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZRI Ngah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kerajaan negeri bernilai RM10,000 kepada Muhammad Zafifi Kamarulzaman untuk perbelanjaan melawat bapanya di Korea Selatan di Kampung Mat Kilau, Jerantut hari ini.

JERANTUT – Kerajaan Pahang menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada anak sulung Kamarulzaman Mohd Fauzi @Jazuli iaitu Muhamad Zafifi, 28, untuk ‘terbang’ ke Korea Selatan bagi menziarahi bapanya yang masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju, negara tersebut.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Mohammad Zafifi di kediaman Nazri di Kampung Mat Kilau, di sini hari ini.

Nazri berkata, sumbangan kerajaan negeri telah diluluskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dua hari lepas setelah kisah Kamarulzaman Mohd Fauzi @Jazuli yang berasal dari Kampung Batu Balai, Jerantut tersiar di media baru-baru ini.

“Menteri Besar (Wan Rosdy) meminta Mohammad Zafifi menggunakan wang ini untuk perjalanan ke Korea Selatan termasuk penginapan dan makanan bagi menziarahi bapanya, Kamarulzaman yang masih dirawat di sana.

“Menteri Besar dan seluruh rakyat Pahang amat simpati serta berdoa supaya Mohamad Zafifi selamat tiba di Korea Selatan supaya dapat bertemu dengan bapanya yang masih dijaga oleh seorang sepupunya yang juga bekerja di sana, Solehah Adlan,” katanya kepada di Kampung Mat Kilau di sini hari ini.

Kamarulzaman yang bekerja di kilang tisu di Cheongju, Korea Selatan masih koma selepas mengalami darah beku di kepala dan pembuluh darah pecah serta dijangkiti Covid-19.

Dalam pada itu, Nazri berkata kerajaan negeri akan terus mengikuti perkembangan Kamarulzaman di sana dan berharap Mohamad Zafifi serta keluarganya reda dengan ujian Allah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI