fbpx

43 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penunggang motosikal yang diberkas dalam Op Samseng Jalanan dijalankan di daerah Seberang Perai Utara awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Empat lelaki dipercayai pelesit rempit diberkas, manakala 43 buah motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Utara (SPU) di negeri ini awal pagi tadi.

Operasi sempena Op Selamat (17) Tahun Baharu Cina itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Zafri Zolkapli bersama lima pegawai kanan dan 28 anggotanya bermula pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi tadi.

Difahamkan, lokasi tumpuan hujung minggu kumpulan pelesit rempit di daerah Barat Daya adalah di Pantai Seagate dan di bulatan Bayan Baru.

Zafri berkata, operasi tersebut dijalankan hasil aduan dan maklumat orang awam berhubung aktiviti samseng jalanan yang sering berlumba dan menunggang motosikal secara bahaya.

Menurutnya, JSPT Pulau Pinang telah mengambil tindakan proaktif dengan mengaturkan pasukan untuk memantau dan seterusnya menjalankan operasi bagi mencegah aktiviti kumpulan bermotosikal yang sering mendatangkan kegusaran masyarakat setempat.

“Mengikut pecahan sebanyak 37 buah motosikal disita di daerah Barat Daya, manakala enam lagi motosikal disita di SPU. Polis turut menahan empat lelaki di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam operasi tersebut, sebanyak 117 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal dengan pelbagai kesalahan trafik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Justeru, Zafri memberitahu, tindakan penguatkuasaan akan diambil secara menyeluruh jika terdapat pengguna yang masih enggan mematuhi peraturan jalan raya terutama pelaku-pelaku samseng jalanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI