fbpx

TNB kongsi tip penggunaan elektrik semasa musim Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan beberapa panduan bagi memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat buat pengguna yang pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut TNB, tip keselamatan yang disarankan adalah bagi memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat serta jimat tenaga.

“Pengguna disarankan untuk menutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dan tanggalkan palam bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir dan pastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) dan kabel penyambung (extension cable).

“Di samping itu, gulungan wayar sambungan tambahan (extension wire) perlu dibuka sepenuhnya untuk mengelakkannya menjadi terlalu panas jika digunakan.

“Pengguna juda digalkkan menggunakan alat pengukur masa (timer) sekiranya ingin memasang lampu bagi tujuan keselamatan agar ia tidak menyala 24 jam.

“Selain itu, pastikan peralatan elektrik yang ingin digunakan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, untuk kediaman yang akan menjadi tumpuan keluarga berkumpul, pengguna dinasihatkan agar tidak menggunakan soket elektrik secara berlebihan bagi mengelakkan beban elektrik keterlaluan.

“Para pengguna dinasihatkan menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik pada cuti Tahun Baharu Cina nanti,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI